Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands seperti mana tular dalam aplikasi TikTok baru-baru ini.
Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata suspek berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi Khamis.